pemikiran tipikal certain people: black = emo, gothic
pendapat aku, fashion emo, gothic ok juga. contoh yang aku suka, gothic lolita. comel weh tapi kalo pemakainya comel lah kan.
ni contoh ye. kawaii ne?
tapi tiba2 pakai macam ni kat malaysia time tengah hari buta memang sah2 aku akan call hospital tanjung rambutan lah kan. tak pun dapat pandangan pelik. ala macam tak biasa dengan situasi macam ni. kebanyakan orang cenderung untuk berfikiran negatif terhadap sesuatu yang pelik..
p.s:ini something yang aku suka tengok sahaja tanpa mengaplikasikan pada diri sendiri.
lagi, style rambut emo aka gothic aka apa2 nama dia pun aku suka. sebab? tak ada sebab. dah hati nak suka~
aku suka! tetapi sekali lagi, aku tidak mengaplikasikan kepada diri aku sendiri.
biasanya, warna hitam dikait rapatkan dengan tema emo gothic. pakaian serba hitam, celak n mekap serba hitam. senang kata yang serba hitam ni cenderung dikaitkan dengan tema tu lah. aku suka tema ni. misteri gitu.
sebut pasal misteri, teringat seorang kawan aku ni, sahid. dia suka cakap, fit, kau ni misterilah. sebabnya? aku selalu pakai baju hitam. aku lone ranger. dia pelik ada certain thing yang dia tak faham kenapa aku buat macam tu.
baju hitam. aku tak apply emo gothic, satu. dua, kan nasihat kat majalah2 kata, warna hitam bagus untuk menyembunyikan tubuh. senang kata, aku gemuk so aku pakailah baju warna hitam sebab nak nampak kurus hahaha tiga, faveret color aku = hitam. lone ranger. gerak sorang2 ni senang. suka hati aku nak keluar pukul bape, nak ke mana2, nak lambat ke nak cepat. aku lone ranger bukan bermaksud aku tak ada kawan. dia pelik. mestilah dia pelik. dah dia tak boleh baca fikiran aku. malaslah nak explain setiap benda yang aku buat. haa lagi satu sebab dia kata aku misteri, sebab aku suka pergi library sorang2. the point? wa kara nai..aku pun tak tau
daripada sahid, muncullah beberapa orang kawan aku yang mengatakan perkara yang sama. fazirah, chitah even romate aku dulu, nad cakap perkara yang sama.
kesimpulannya, warna hitam sememangnya menimbulkan warna misteri. dan ia warna yang tepat untuk mereka yang mempunyai something pada tubuh mereka untuk disembunyikan haha
Black is a woman's safety net. It can frame and slim, never dates, and can take you almost anywhere. It can be chic and stylish, classic yet modern, if WORN WELL.
aku emo? TIDAK!
1. rambut
aku tak pakai rambut style emo pun. kalau nak kata macam hantu ok juga. kepala penuh frizz and rambut kering. singa kat afrika pun kalah. just because it pitch black~see? tak emo style pun kan.
2. eye liner and eye shadow warna hitam.
hoho eye liner hitam aku pakai juga kadang-kadang tapi selalu aku tak perasan pun aku pakai haha eye shadow? jangan mimpilah aku pakai warna hitam. nak apply cara smokey eyes pun jadi monkey eyes
3. baju hitam.
ini tak dapat dinafikan lah. 80% baju-baju aku adalah warna hitam. tapi dengan satu tujuan sahaja. UNTUK KELIHATAN LEBIH KURUS.
macam aku cakap tadi, kalau orang yang pakai tu comel, comel r. kalo yang pakai tu aku? tak payah jawab x_X
tapi aku suka benda yang menakutkan. freak. nick aku pun fit0Freak kan.
aku suka Jack Nightmare Before Kismas.then Trick r Treat ye character. aku tak sure lak nama dia apa. sam kot
aku suka Freddy Krueger, Edward Scissorhand, Pumkin Head yer monster
i think they are cool!
aku emo! aku emo! aku emo! aku emotional breakdown lah!
aish~










