May 25, 2010

[ tapai lemak ]



PSM. Settle!!


tapi. . . nak mula menulis semula memang aku malas gila. malas gila-gila babun. nak tulis sebaris ini pun dah ambil masa hampir 2 jam TT_TT tahap kemalasan terlampau.


masa belajar hari-hari doa, cepatlah habis belajar. nak cari kerja etc. etc. Sekarang dah habis belajar hari-hari doa, cepatlah ada orang masuk minang haha. Mak aku dekat belakang dah sound, pandai ke masak? kemas rumah?


ini tengah buat job hunting lah ni! kawan aku cadang mohon SPA [Suruhanjaya Perkhidmatan Awam] barang sesiapa yang terasa nak apply, apply lah. tak salah mencuba. jangan tanya aku advantages dia sebab aku pun tak tahu...aku pun pergi survey. . . hasilnya, adalah juga job yang sesuai dengan bidang aku tapi dia suruh mohon 5 job. aku dah pening. Job dia memang banyak tapi aku tak cukup layak pula TT_TT aduhai~ so aku tak apply lagi. maybe lusa atau tulat. plus, aku lupa pula result SPM aku dulu berapa.


selain SPA, JobStreet wajib dipantau! memang ada job yang sesuai tapi lantaran hati ini begitu berat untuk meninggalkan ketiak wangi mak aku membuatkan aku berat hati untuk memohon. ceh! kalau boleh nak cari yang dekat-dekat saja sebab aku macam tak boleh hidup ja kalau duduk jauh dari family aku hehe. tak hidup sangatlah aku ni. duduk rumah pun merayap sana-sini hahaha


jadi penanam anggur tetap ni best juga haha


pagi, bangun and jadi bodyguard mak dekat hutan. tengah hari, makan + tengok TV. petang, tgk cerita + gentel kucing-kucing aku. mak kata, sejak aku balik, kucing-kucing semua dah kurus haha. apa boleh buat, anak mak yang ini memang suka gentel kucing. malam, tengok TV.


tapi mostly, cuma duduk rumah menapai lemak saja TT_TT


dengan masa terluang ni, aku pun bukakan hati untuk belajar Korean. wah! rajin ye aku! haha macam tak percaya je padahal baru 5hari belajar hahaha. itulah bestnya internet. search apa saja mesti ada hehe. ps: aku download benda yang appropriate sahaja ye! setakat ni, tak adalah faham bulat-bulat apa yang drama Korea cakap sebab aku belajar symbol dia, macam mana nak tulis menggunakan Hangul. bolehlah nak baca tulisan dia sikit-sikit. bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit haha


semuanya gara-gara terkenan pada Micky Park Yoo Chun. eh ye ke? tidak. tidak. sebenarnya, sebab DongBangShinKi. tengok video-video dia orang dekat YouTube memang betul-betul buat perut aku pecah. somehow, aku berterima kasih dekat video-video dia orang sebab kalau bukan sebab dia orang mesti aku dah gila sebab PSM aku dulu. balik dari lab, mesti aku tengok video dia orang and ketawa untuk release tensen! sangat berkesan. aku recommend untuk orang di luar sana. tapi aku tak jamin lah ye :p


impian samar aku, nak belajar bahasa Jepun and Mandarin pula lepas ni. hwaiting Rina!