Feb 26, 2012

[Bullshits]

Dalam cerita Korea, selalu ada scene character gelak tak percaya bila ternampak sesuatu atau something whatever dan aku tengah menaip dengan gelak tak percaya sebijik macam dalam cerita Korea.

'Sebab i ada family problem, my dad kena cancer...'

OK. Aku seorang yang skeptical. Bagi r aku cerita betul, aku skeptical. Bagi r aku cerita tipu, aku skeptical. Bagi r aku dua2 cerita betul, aku skeptical. Bagi r aku ape2 cerita, aku pun boleh percaya macam tu je. Aku ni innocent ke? Aniyo! Nope! 

Then, why throw all those sad stories to me and all those sweet talking, really grossed me out!

Ya, aku tahu dalam hidup ni perkara yang unthinkable, perkara yang terjangkau dek akal boleh berlaku. Tapi, aku tak boleh nak halang diri aku dari bersikap skeptical setiap kali aku dengar cerita seorang manusia ni. Dulu aku dengar jer cerita jer cerita-cerita dia sampai satu tahap aku fikir, OK no more story beyond this one dan aku berhenti dengar. 

Tiba-tiba, dia call and then, mula texting. Doing all the sweet talking. Dia sangka aku ni someone yang cair dengan sweet talking.

*Sigh*

Kalau Yoon Shi Yoon yang sweet talk aku, lain cerita r. Aku cair juga r tapi aku ni bukan tak boleh fikir, menilai bila seseorang tu just talking, sweet talking atau dia betul-betul serius dalam percakapan dia. Aku jatuh cinta pertama kali, menang hadiah cabutan bertuah, terjumpa duit tepi jalan: aku masih boleh menilai. 

Orang boleh menilai aku secara mana, sebagai mana mereka nak. Orang boleh keluarkan seribu, 500 ribu or even million billion terallion anggapan atau results dari penilaian mereka. Tak ada sesiapa menghalang. Aku pun tak halang bahkan aku alu-alukan. Aku excited nak tengok macam mana orang boleh fahami, kenali diri, pemikiran aku yang aku sendiri tak habis explore lagi. Mungkin cara ni boleh pendekkan masa explorasi aku tentang diri sendiri. Mungkin. 

Aku terima anggapan mereka. Aku terima result mereka. In fact, aku berbesar hati untuk berlakon seperti anggapan/result tu. Menarik sebenarnya bila orang berhenti membuat anggapan, menilai bila initial angapan, penilaian mereka terbukti betul. They just stop there. Sebab dah betul jadi buat apa nak terus menilai, bukan? Manusia memang menarik.

Kau! 

Kau yang entah siapa!

Kau yang tengah baca post ni, kau pun tengah menilai dari penulisan aku, bukan? Kalau kau kawan aku, kau pula menilai dari saat kau kenal aku dan bandingkan diri aku all the way sampai sekarang, bukan?

Siapa pun diri kau, anda, kamu... nilai r. Sila r nilai then share dengan aku so that aku tahu macam mana nak berlakon depan kau, anda, kamu :)


Mood: Psiko. Mental aku tak cukup RAM untuk process. cmd -- chkdsk