Dec 14, 2009

[ didn't i said so.. ]



yaa...semester baru sudah bermula. lagi Y_Y akan bermulalah pemerahan otak yang akan menyebabkan kepala kuh bagai dipijak2 aish..well, lets hope that my brain can keep up with it :) lagi 2 minggu pun nak tahun baru..dan aku dah berura-ura memikirkan apa azam tahun baru aku untuk 2010..


jgn ditanya azam tahun 2009 sude di tunaikan ka belom...tidak akan aku jawab hehe


antara azam tahun baru yang telah aku fikirkan. bersama seorang kawan, chetah. kami mahu jogging dan mendapatkan berat yang kami sasarkan haha berapa? itu rahsia. kalau korang kenal aku mesti korang tahu berapa aku sasarkan hahaha tapi...akan btangguhlah azam aku tuh sebab dikala ini aku ketiadaan kasut sukan :(


tempoh hari, sneaker di curi. di rumah kakak ku. ces!! berani sungguh pencuri tu masuk ke dalam ruang laman untuk mencuri. cuba salurkan keberanian itu ke benda yang berfaedah macam jadi ahli bomba ke jadi rukun tetangga ke kan bagus! time itu cuma perasan sneaker je yg hilang tapi semalam nak berkemas ke hostel barulah aku perasan yang kasut sukan ku juga telah lesap. mangkuk ayun yer pencuri aish! nasib baik aku tak tahu kat mana rumah dia. kalo tidak, ada dapor yang akan malatop dalam masa terdekat ini hmm


mahu beli baru, aku tak ada duit. ye saye kedekut sikit nak beli barang-barang ni. ok! kedekut banyak haha lebih rela spend kat makanan sementelah aku ni suka makan *wink*wink sila abaikan azam tahun baru saya tu..tahun baru belum sampai lagi hehe maka kakak aku yang baik hati lagi pemurah itu pun menawarkan diri untuk membelikan kasut baru hehe tapi kena tunggu Jan sebab ujung tahun banyak yang perlu dibayar. lebih separuh expense die adalah kerana saya :") aku adik yang sangat dimanjakan haha


mungkin juga aku akan mentekedarah kakak ku yang berada dikampung itu hehe sudah agak sekian lama aku membiarkan dia bersenang-lenang *ape puye adik la aku :s 


lagi azam baru, aku nak mengurangkan masa-masa aku menjadi sengal. tidak kiralah dalam hal apa pun. study, keluarga, kawan, life or even relationship. cukup-cukupla perangai sengal aku selama ni. yang mengakibatkan kes makan kawan, makan family dan makan diri haha bila dah hilang sesuatu tu barulah aku ni nak jadi normal balik..biasalah sikap manusia~ 


this month, aku buat keputusan yang aku rasa turut menyumbang kepada kehilangan lebih separuh best friends online aku. mungkin ada antara kami yang tidak pernah bertemu di dunia realiti tapi kehilangan mereka membuatkan hidup aku kepincangan. * ayat yang tepat bagi org yang tidak tepat. aku telah perbetulkan kesilapan aku dan aku terima hukuman ye tapi aku tak tahu macam mana aku nak approach semula my bestie itu. ada antara anda yang mempunyai cadangan? saya amat menghargainya :)


setelah aku tidak bdouble lagi, aku rasa lebih selesa. my bestie ckp didn't i said so? you're better off single than be with someone that you don't really like or even know! i had to admit he's right..


azam baru lagi, nak gi ambil lesen :") saya akui saya tidak mempunyai lesen. motorsikal mahupun kereta dan saya tidak malu untuk mengakuinya haha. tapi tidak aku tahu pula bila masanya aku nak pergi ambil lesen tuh. dulu pernah aku ambil till i got L tapi pastu tbengkalai jer sebab hati tak rela..kena push ngn my sis. so bila hati dah rela ni kena fikir betul2 time bila sesuai untuk aku gi ambil lesen...


aku pun dah penat mendengar kakak2 dan my mum mengeluh bilalah aku akan ada lesen. ya, aku faham kebimbangan mereka tapi...idk hee...so lepas ni boleh r their heart rest from worrying too much about me. tambahan pula, jika aku sudah mempunyai lesen kereta nanti bolehlah aku meminjam pakai kereta kakak ku itu. aku pasti dia akan membenarkan sebab adik dia yang seorang ini memang selalu dapat apa yang dia nak :) tapi tak pernah aku minta yang bukan2 ok? aku manje but not spoil.

azam yang lain belum sedia untuk aku kongsi..tapi akan aku titipkan juga nanti ahahah