Tapi bagaimana manusia yang tak merasakan, tak menganggap apa yang mereka buat itu adalah satu kesilapan?
Satu perkara ni memang sah-sah salah tapi zaman sekarang ni kan banyak benda salah yang dah di terima pakai. Kononnya, dah moden. Contoh, aku. Dulu tahu je hukum tak pakai tudung tapi buat juga. Bila berubah, aku tak nak berubah sekadar luaran. Contoh, pakai tudung tapi banyak benda tak jaga. Aku nak berubah luaran dan dalaman.
Kalau dulu solat tak cukup 5 waktu, sekarang nak cukupkan. Kalau dulu selalu tak dengar cakap/nasihat mak, sekarang nak dengar and give it a thought before anything else. Kalau dulu cakap selalu nak kasar dan berbahasa kesat, sekarang nak cakap sebaik mungkin. Juga berkelakuan baik semana mampu. Nak jaga temper aku yang macam tutt. Kesian kat family aku sebab selalu kena mengadap temper dan kerenah aku.
Pendek kata, aku nak berubah untuk menjadi someone yang lebih baik dari diri aku yang sebelum ini.
Harap-harap aku bisa melakukannya. Hwaiting Rina!
Ada seorang manusia ni. Nak berubah. Dulu tak pakai tudung, sekarang dah pakai. Tapi.... setakat itu sahaja.
I know I'm being biased. Berat sebelah. Pemikiran tipikal tapi I cannot help it. Dia baru nak berubah. Bermula dengan pakai tudung. Aku nampak dia baca buku-buku panduan agama. Aku sendiri tak baca buku-buku panduan ni. Belum mula baca. Aku rasa dia lebih nampak semangat/keinginan nak berubah.
Tapi.....
Tingkah laku dia tak nampak nak berubah.
Pergaulan tak jaga. Tak tahu batas antara lelaki dan perempuan. Pemakanan tak jaga.Benda halal dan haram semua masuk. Nak kata dia tak tahu, tipu. Sebab dia ada menegur orang lain.
Bagi aku, benda-benda ni semua salah dan patut dijauhi. Tapi bagi dia yang menganggap perkara ni biasa, semua ni just another part of her life. Macam mana dia nak belajar dari kesilapan dia kalau tuan punya badan tak merasakan apa yang dia buat itu satu kesalahan.
Should I walk away?
Secara logik, memang patut aku walk away tapi siapa nak tegur dia? Siapa nak reason dengan dia apa yang dia buat tu sebenarnya tak betul? Memang bila aku cakap, dia tak terus buat but at least, there's someone yang tegur dia.
Tapi!
Kalau aku tak walk away, aku yang depressed sebab kena mengadap semua benda tu. Tanggung dosa gak ㅠ_ㅠ
posted from Bloggeroid